Wednesday 18 September 2013

KESALKU...

Sudah lama jejari ini tak menari2 menaip tiap bait kata bermadah..
Segalanya ku pendam dalam jiwa..
Gelora melanda, gundah gelana..
Aku hilang arah tuju...
Sungguh..
Aku mula hilang cahaya..
kiri kanan ku rasa gulita..
Malang...
Ke mana harus ku tuju..
ALLAH..
Apalah duniaku tanpa Mu
ALLAH..
Kerdilnya aku..
ALLAH..
Siapalah aku tanpa Mu..
Bagaimana harus aku mulakan..
Ingin sekali aku berpatah kembali..
Mencari semula titik mula..
Masa gemilang..
Hidup ku penuh penyesalan..
bagaimana mampu ku hadapinya..
Allah..
Tunjukkan padaku jalanMu..
Agar tidak lagi ku alpa dan leka..
Apatah lagi hidup dalam kekesalan....


Wednesday 9 November 2011

diam aku..
menanti waktu..
mungkin ini detik terindah..
atau nanti akan ada yang lebih bahagia...

tangisan aku...
cuma diri sendiri mengerti..
melihat kau dan dia..
meski tiada apa2..
hati ini masih terasa..

dia menginginkan mu..
aku tahu itu...
dia memerlukan kamu..
benar, aku mengerti itu..

tapi aku mahu kamu menjadi milikku..
hati kamu kepadaku..
seperti mana hatiku milikmu..

cinta dan sayangku..
hanya untuk kamu...

Tuesday 1 November 2011

cinta,,,

aku lihat dia dalam dirimu..
dan dulu..
aku pernah lihat kamu dalam dirinya...
tapi aku tahu..
dia dan kamu..
bukan yang serupa..
sedikitpun berbeza..
tetap akan ada...

aku lihat dia sepertimu..
dan kamu seperti dia..
dulu rasa ini pernah ada untuk dirinya..
tapi kini..
rasa itu untuk dirimu..

mungkin x sepantas itu..
sekelip mata berubah hati..
tapi percayalah..
rasa ini tersemat dihati..
menunggu dibajai..
dan dijaga rapi..

bukan hasrat mengganti kasih..
sekadar menyemai kembali cinta yang layu..
moga nanti mekar,
berbunga menjadi taman nan indah..
buat persinggahan kita berdua..

aku sayang padamu...

Thursday 27 October 2011

DULU...

masa lalu yang telah berlalu...
masa yang takkan mungkin kembali...
tapi kenapa mesti aku singkap kembali..

membuka semua lembaran hidupnya..
menilik setiap apa yang berlaku dulu..
terlukakah aku?
ah..semua kisah lama..

tapi masihkan dia terperangkap dalam kisahnya..
dan masihkah aku terperangkap dalam kisahku..
kerna kisah ini punya rantaian2,
yang tak pernah kelihatan..
berserabutan, simpulan yang tak terlerai..

aku takut meleraikan setiap ikatan kisah silam..
aku takut kiranya leraian itu putus..
aku, dia, dan kamu terluka..
aku tak mahu ada antara kita terluka..
kerna sekali terluka, 
ku tahu bakal ada yang kecewa...

Wednesday 12 October 2011

pantun suka2

hati bunga2,
ada taman dalam jiwa...
merindu pada si dia,
yang dekat dihati, jauh di mata...

main kejar2,
sampai rumah naina,
hajat hati mahu belajar,
memikat hati sang teruna...


ada rama2,
hinggap tepi jendela..
apa guna tunggu lama,
andai hati sudah suka...

Wednesday 28 September 2011

my life..recently..

Lama sudah jari-jemari tidak menari menaip kata2 mengarut lagi merapu2 dalam blog ni, lama juga buah fikiran tak terluah beserta kata2 cinta dan dusta..oh.angahizza sudah mahu mengarut..heheheh..

Sudah tiga minggu semester bermula, minggu pertama dan kedua sibuk mencari bilik kerana berpindah masuk semula ke dalam utm, i got double room which mean i have roommate. but today, my roommate isn't in room, she's going back to her village, and tomorrow, she will engaged to an engineer from tanjung langsat. Congratulation for her engagement.
i want this ring for my engagement ceremony, can i get it??



 Nowadays, i'm a bit busy with my final year project work, still working on proposal and thesis writing..huh!! running out of time!!

Also, now i'm doing my working while i'm working in Ombak Minimart at Kolej 11. in the morning, there are not so many student come to the shop, so i make a good use of time by working on my work plus blogging and facebooking. the truth is i dont know either i spend my time most on blogging of on my work. haish!! I need to be more concentrate on my work. 

Lately, i enjoyed listening to RED FM. I love it song and also the dj, in order to learn english, its good for listening to this radio. I really love it thus i didn't listen to other radio channel. also, my mp3 in my car, with a lot of song (because the drive i use support up to 8Gb capacity, also neglected by me. poor them, but my heart already fall to this red fm channel. nothing can change..=)

Done!! dunno what else to say, back to work!!

Bubbye!!! 


Friday 16 September 2011

rendah diri atau rendah hati..


Hampir semua kawan2 aku dah buat master, ada juga yang sambung Phd. Jika tidak sambung belajar, mereka bekerja. Pokoknya, masing2 belajar tinggi, punya matlamat hidup, tahu mana hala tuju. Tapi aku, masih tergagau mencari arah mana yang perlu aku lakukan. Nampak segalanya masih samar.

Bergaul dengan diorang buat aku kadang kala rendah diri, cakap mereka berisi, sedang aku, seperti jauh berbeza dengan mereka. Aku benar2 menyesal dengan apa yang aku lakukan, dan aku benar2 mahu berubah. Tapi setiap kali aku memikirkan perubahan, pasti ada yang menghalang. Keinginan diri.

Wahai diri, bersabarlah sedikit masa lagi, selesaikan dahulu apa yang ada di hadapan, jangan memikirkan rintangan yang jauh lagi bakal datang. Seberangilah dahulu rintangan pertama, pasti rintangan seterusnya mudah bagimu. Wahai diri, jaga lah keinginan hatimu, lindungi gelora nafsu ingin memiliki segala apa yang orang lain miliki, pasti suatu masa, apa yang kau inginkan akan tercapai..

Wahai diri, kenangi ibu bapamu, bagaimana harapan mereka, pastikan kau berjaya, agar gembira kedua mereka.

 Kerap kali aku berjanji,harapnya aku tak akan mungkiri janji..