Thursday 28 July 2011

ramadhan datang lagi..

ramadhan hampir tiba..
countdown yang x sampai lagi seminggu,
sebulan x amek lunch, no breakfast, n dinner..
just sahur and berbuka..

pertukaran jam diri, jadual bertukar,
tapi adakah diri kita bersedia dari segi mental dan fizikal..
bagi yang dah amalkan puasa sunat masa 2 bulan sebelum ni,
pasti tiada masalah..
macamne plak ngan orang yang x pose sunat macam aku?
larat ke?
insyaALLAH...

ape2 pun time bulan ramadhan,
perancangan mesti ada,
x kisah la nanti if x ikut semuanya..
asalkan buat hampir semua yang dirancang..
easy...

ni perancangan aku:
* tadarus -da ada partner, so pasti seronok..harapnya dapat banyak manfaat..
* buka puasa kat masjid - kalau ada buat la, not so sure sebab tgh cuti..tapi rasenya ade kot, jimat duit berbuka, jimat duet minyak nk balik umah..
* terawikh..- alang2 da buka kat masjid, mesti la amek kesempatan solat terawikh kan,..
* g gym - baru berjinak2 nk g gym, time bulan puasa g jap pun xpe..asalkan leh buang kalori..
* siapkan keja..- menda wajib utk aku yang x grad2 lagi...harap dapat siapkan cepat2..

2 je perancangan yang aku buat..
simple, tapi aku harap aku dapat praktikkan..masa bulan puasa dan selepas2 ini..

sungguh, aku mahu berubah menjadi lebih baik...

Monday 25 July 2011

keliru

tawa dalam tangisan..
tangisan dalam tawa..
mana satu diriku?

bahagia dalam duka?
duka dalam bahagia..

Saturday 23 July 2011

kawan..

aku kawan,
dia kawan,
dan mereka juga kawan..
dia, dia dan dia juga kawan..

memang kita kawan,
aku dan kamu..
kamu dan dia,
aku dan mereka,
kamu dan mereka..

masing2 punya nama..
kenapa tidak dikenalkan nama?
kamu punya ramai kawan..
dan aku bosan dengan perkataan kawan itu..

stop it..

Thursday 21 July 2011

perasaan ini..

tipu lah saya jika saya kata,
hati saya dah tak berperasaan pada kamu..
tipu jugalah saya jika saya kata, 
hati saya tak pernah sakit kerana cinta saya pada kamu..
tipu lah saya jika saya kata,
cinta yang dalam mampu sembuhkan luka dan parut di hati saya..

kerna itu, 
saya tak mahu terluka lagi..
biar perasaan hati ditahan-tahan..
biar ada jurang penghalang..
biar rahsia yang tak terkhabarkan..

perasaan ini, 
biar dipandu diri sendiri..
dinahkodakan akal, 
digempalaikan hati..

biar orang kata, 
biar orang bertanya, 
biar buruk dihina, 
perasaan ini, 
diri ini penentunya..