Thursday 21 July 2011

perasaan ini..

tipu lah saya jika saya kata,
hati saya dah tak berperasaan pada kamu..
tipu jugalah saya jika saya kata, 
hati saya tak pernah sakit kerana cinta saya pada kamu..
tipu lah saya jika saya kata,
cinta yang dalam mampu sembuhkan luka dan parut di hati saya..

kerna itu, 
saya tak mahu terluka lagi..
biar perasaan hati ditahan-tahan..
biar ada jurang penghalang..
biar rahsia yang tak terkhabarkan..

perasaan ini, 
biar dipandu diri sendiri..
dinahkodakan akal, 
digempalaikan hati..

biar orang kata, 
biar orang bertanya, 
biar buruk dihina, 
perasaan ini, 
diri ini penentunya..

No comments:

Post a Comment