Wednesday 9 November 2011

diam aku..
menanti waktu..
mungkin ini detik terindah..
atau nanti akan ada yang lebih bahagia...

tangisan aku...
cuma diri sendiri mengerti..
melihat kau dan dia..
meski tiada apa2..
hati ini masih terasa..

dia menginginkan mu..
aku tahu itu...
dia memerlukan kamu..
benar, aku mengerti itu..

tapi aku mahu kamu menjadi milikku..
hati kamu kepadaku..
seperti mana hatiku milikmu..

cinta dan sayangku..
hanya untuk kamu...

Tuesday 1 November 2011

cinta,,,

aku lihat dia dalam dirimu..
dan dulu..
aku pernah lihat kamu dalam dirinya...
tapi aku tahu..
dia dan kamu..
bukan yang serupa..
sedikitpun berbeza..
tetap akan ada...

aku lihat dia sepertimu..
dan kamu seperti dia..
dulu rasa ini pernah ada untuk dirinya..
tapi kini..
rasa itu untuk dirimu..

mungkin x sepantas itu..
sekelip mata berubah hati..
tapi percayalah..
rasa ini tersemat dihati..
menunggu dibajai..
dan dijaga rapi..

bukan hasrat mengganti kasih..
sekadar menyemai kembali cinta yang layu..
moga nanti mekar,
berbunga menjadi taman nan indah..
buat persinggahan kita berdua..

aku sayang padamu...

Thursday 27 October 2011

DULU...

masa lalu yang telah berlalu...
masa yang takkan mungkin kembali...
tapi kenapa mesti aku singkap kembali..

membuka semua lembaran hidupnya..
menilik setiap apa yang berlaku dulu..
terlukakah aku?
ah..semua kisah lama..

tapi masihkan dia terperangkap dalam kisahnya..
dan masihkah aku terperangkap dalam kisahku..
kerna kisah ini punya rantaian2,
yang tak pernah kelihatan..
berserabutan, simpulan yang tak terlerai..

aku takut meleraikan setiap ikatan kisah silam..
aku takut kiranya leraian itu putus..
aku, dia, dan kamu terluka..
aku tak mahu ada antara kita terluka..
kerna sekali terluka, 
ku tahu bakal ada yang kecewa...

Wednesday 12 October 2011

pantun suka2

hati bunga2,
ada taman dalam jiwa...
merindu pada si dia,
yang dekat dihati, jauh di mata...

main kejar2,
sampai rumah naina,
hajat hati mahu belajar,
memikat hati sang teruna...


ada rama2,
hinggap tepi jendela..
apa guna tunggu lama,
andai hati sudah suka...

Wednesday 28 September 2011

my life..recently..

Lama sudah jari-jemari tidak menari menaip kata2 mengarut lagi merapu2 dalam blog ni, lama juga buah fikiran tak terluah beserta kata2 cinta dan dusta..oh.angahizza sudah mahu mengarut..heheheh..

Sudah tiga minggu semester bermula, minggu pertama dan kedua sibuk mencari bilik kerana berpindah masuk semula ke dalam utm, i got double room which mean i have roommate. but today, my roommate isn't in room, she's going back to her village, and tomorrow, she will engaged to an engineer from tanjung langsat. Congratulation for her engagement.
i want this ring for my engagement ceremony, can i get it??



 Nowadays, i'm a bit busy with my final year project work, still working on proposal and thesis writing..huh!! running out of time!!

Also, now i'm doing my working while i'm working in Ombak Minimart at Kolej 11. in the morning, there are not so many student come to the shop, so i make a good use of time by working on my work plus blogging and facebooking. the truth is i dont know either i spend my time most on blogging of on my work. haish!! I need to be more concentrate on my work. 

Lately, i enjoyed listening to RED FM. I love it song and also the dj, in order to learn english, its good for listening to this radio. I really love it thus i didn't listen to other radio channel. also, my mp3 in my car, with a lot of song (because the drive i use support up to 8Gb capacity, also neglected by me. poor them, but my heart already fall to this red fm channel. nothing can change..=)

Done!! dunno what else to say, back to work!!

Bubbye!!! 


Friday 16 September 2011

rendah diri atau rendah hati..


Hampir semua kawan2 aku dah buat master, ada juga yang sambung Phd. Jika tidak sambung belajar, mereka bekerja. Pokoknya, masing2 belajar tinggi, punya matlamat hidup, tahu mana hala tuju. Tapi aku, masih tergagau mencari arah mana yang perlu aku lakukan. Nampak segalanya masih samar.

Bergaul dengan diorang buat aku kadang kala rendah diri, cakap mereka berisi, sedang aku, seperti jauh berbeza dengan mereka. Aku benar2 menyesal dengan apa yang aku lakukan, dan aku benar2 mahu berubah. Tapi setiap kali aku memikirkan perubahan, pasti ada yang menghalang. Keinginan diri.

Wahai diri, bersabarlah sedikit masa lagi, selesaikan dahulu apa yang ada di hadapan, jangan memikirkan rintangan yang jauh lagi bakal datang. Seberangilah dahulu rintangan pertama, pasti rintangan seterusnya mudah bagimu. Wahai diri, jaga lah keinginan hatimu, lindungi gelora nafsu ingin memiliki segala apa yang orang lain miliki, pasti suatu masa, apa yang kau inginkan akan tercapai..

Wahai diri, kenangi ibu bapamu, bagaimana harapan mereka, pastikan kau berjaya, agar gembira kedua mereka.

 Kerap kali aku berjanji,harapnya aku tak akan mungkiri janji..

Sunday 4 September 2011

raya atau study?

balik raya seminggu awal, kononnye berharap akan ada masa untuk buat sume keja writing..
bawak balik segala macam thesis untk buat keja, tapi akhirnya...

di rumah....

tingkap tak berlap..
rumah lom bersapu..
sarung kusyen tak berbasuh...

last2 keja x brape nk jalan...

masa raya...

raya pertama, balik kampung ziarah kubur n sedara mara serta rumah arwah nenek dan uwan..
raya kedua, jom berjalan ke pd ziarah ocu..
raya ke3, adik beradik ayah nk datang la plak...
raya ke4, dok umah je..ibu ayah je yang berjalan..
raya ke5, kita ke tampin plak ye..
raya ke6, driving back to jb..
raya ke7, mari jumpa kawan2 utm...

bile ak nk study n writing ni????

Sunday 21 August 2011

pemilik cinta..

hatimu..
pemiliknya kisah lima tahun lalu..
tidak...
kamu kata hati kamu milik lelaki itu..
terlalu banyak pemilik hati kamu..
tapi orang itu bukan aku...

Thursday 18 August 2011

suatu masa...

suatu masa..
kita bukan siapa-siapa..
kau tak tahu aku..
dan aku, 
tak kenal kamu...

suatu masa..
kita berjumpa..
meski sekadar di alam maya..
tiada rasa..
kita bersama..

suatu masa..
ketikanya tiba..
saat mata bertemu mata..
jari jemari bertaut salam..
erat..
kau gementar..
begitulah hatiku..

suatu masa..
jarak pemisahnya..
alam maya bukan lagi titian masa..
hilang..
tiada mata,
tiada kata..
tiada lagi berita..

suatu masa..
pasti kita akan lalui semua..


kisah apakah ini..

rindu..
jelmaan tak berwajah..
menghantui diri


sepi..
itu yang kurasakan kini..
ada dia disisi..
tapi seakan aku kabur di pandangan matanya..


cinta..
cintakah ini..
bila jiwa kosong tanpanya..
bila masa tidak berlalu bersamanya..
bila tiada apa yang indah tanpanya..


dan aku..
sepi dalam rindu..
rindu dalam cinta..
tetap masih disini..
menanti pengakhiran cerita..
kisah nan tiada penghujungnya..





Thursday 28 July 2011

ramadhan datang lagi..

ramadhan hampir tiba..
countdown yang x sampai lagi seminggu,
sebulan x amek lunch, no breakfast, n dinner..
just sahur and berbuka..

pertukaran jam diri, jadual bertukar,
tapi adakah diri kita bersedia dari segi mental dan fizikal..
bagi yang dah amalkan puasa sunat masa 2 bulan sebelum ni,
pasti tiada masalah..
macamne plak ngan orang yang x pose sunat macam aku?
larat ke?
insyaALLAH...

ape2 pun time bulan ramadhan,
perancangan mesti ada,
x kisah la nanti if x ikut semuanya..
asalkan buat hampir semua yang dirancang..
easy...

ni perancangan aku:
* tadarus -da ada partner, so pasti seronok..harapnya dapat banyak manfaat..
* buka puasa kat masjid - kalau ada buat la, not so sure sebab tgh cuti..tapi rasenya ade kot, jimat duit berbuka, jimat duet minyak nk balik umah..
* terawikh..- alang2 da buka kat masjid, mesti la amek kesempatan solat terawikh kan,..
* g gym - baru berjinak2 nk g gym, time bulan puasa g jap pun xpe..asalkan leh buang kalori..
* siapkan keja..- menda wajib utk aku yang x grad2 lagi...harap dapat siapkan cepat2..

2 je perancangan yang aku buat..
simple, tapi aku harap aku dapat praktikkan..masa bulan puasa dan selepas2 ini..

sungguh, aku mahu berubah menjadi lebih baik...

Monday 25 July 2011

keliru

tawa dalam tangisan..
tangisan dalam tawa..
mana satu diriku?

bahagia dalam duka?
duka dalam bahagia..

Saturday 23 July 2011

kawan..

aku kawan,
dia kawan,
dan mereka juga kawan..
dia, dia dan dia juga kawan..

memang kita kawan,
aku dan kamu..
kamu dan dia,
aku dan mereka,
kamu dan mereka..

masing2 punya nama..
kenapa tidak dikenalkan nama?
kamu punya ramai kawan..
dan aku bosan dengan perkataan kawan itu..

stop it..

Thursday 21 July 2011

perasaan ini..

tipu lah saya jika saya kata,
hati saya dah tak berperasaan pada kamu..
tipu jugalah saya jika saya kata, 
hati saya tak pernah sakit kerana cinta saya pada kamu..
tipu lah saya jika saya kata,
cinta yang dalam mampu sembuhkan luka dan parut di hati saya..

kerna itu, 
saya tak mahu terluka lagi..
biar perasaan hati ditahan-tahan..
biar ada jurang penghalang..
biar rahsia yang tak terkhabarkan..

perasaan ini, 
biar dipandu diri sendiri..
dinahkodakan akal, 
digempalaikan hati..

biar orang kata, 
biar orang bertanya, 
biar buruk dihina, 
perasaan ini, 
diri ini penentunya..

Tuesday 21 June 2011

iza yang ceria!

dah lama x update blog, rindu sangat2 sebenarnye kat blog neh. so today, iza make up blog ni balg lawa sket, with my favorite color, so nnt xde la iza boring lagi nak update blog ni..hehehe..iza x ksah pun kalau xde follower, coz, iza buat blog ni sebab iza memang sangat suke menulis dalam blog, kalau kat buku, sangat2 la malas..hahaha..

sebenarnye reason x tulis blog sebab iza tersangat2 la busy, al maklum da mula jadi budak rajin lagi baik, eh, iza budak lg ke?hahahaha..sendiri mau fikir. rutin harian iza tersangat2 la busy sekarang, mengadap laptop, journal, dan lab!! huh, kepenatan terasa padahal esok baru nk masuk lab. bak kata lecturer iza, kamu kena buat 2 keja, siang masuk lab, malam writing. kena siapkan sebelum sem depan. fuhh..sangat rushing, tapi iza tau itu yang iza kena buat sebab iza da banyak bazir masa. tapi kan, ini malam iza writing menda len plak, writing blog! hehehehe..kerinduan yang tak tertahan pada blog kesayangan.

xnk tulis panjang lebar lagi da..iza mau tdo, sok banyak lagi activity yang menunggu, yang penting esok bangun awal, menda wajib sebab kena masuk lab awal pagi..sape baik hati nak tolong kejut???

sila angkat kaki ok!
hahahah..


ni keadaan iza dulu, stress, even keja x banyak, but now,xde la stress sangat walaupun keje bertimbun..
relax and cool, tapi keja jalan, iza nk jadi macam 2, so xde la iza buang masa lagi da.

.iza seorang yang ceria ok!

Saturday 11 June 2011

cinta 2

cinta..
lahir dari hati..
mati juga dari hati..
kita yang menentukan..
subur atau matinya cinta..

aku hidup kerana cinta..
aku juga ingin mati demi cinta..
tapi aku tidak tahu..
suatu hari nanti..
demi cinta siapa aku mati nanti..

parahnya aku menanggung bara cinta manusia..
orang kata mandi x basah, tidur tak lena..
begitukah aku demi sebuah cinta?
cinta manusia, atau cinta Dia..
ku ingin kejar cinta Dia,
xkan ada lagi lena terganggu,
kerna cintanya..
xkan membuat ku rasa kosong..
cintaNya,
itu yang ku impikan..

Sunday 5 June 2011

watan hoe!

today bangun agak lambat..malas plak rasa nk minum kat umah, so xde la minum susu dengan oat dulu..direct ke jusco taman universiti dan terus ke food court. tawaf kuanter makanan 2 3 kali sebelum buat keputusan nk makan makanan yang kat bawah ni..WATAN HOE. harga yang tertera kat display rm5.50. sebab x pernah makan lg watan hoe ni, so try la beli..since hari pun x berapa nk panas, xnk la makan makanan yang berat2 sangat. hasilnya, itulah yang di beli. 

masa beli, x sangka die punya kue tiaw banyak sangat sampai penuh kuali kecik 2..isinya sangat2 la banyak..ad sayur sawi, lobak, udang 3 ekor dan hirisan fish cake. disebabkan terlalu banyak, x dapat la habiskan makan..tersangat2 la banyak even masa aku datang, perut sangat2 la lapar..

see, aku x habis pun makan..hanya berjaya habiskan separuh je..itu pun kue tiawnya aku makan x banyak..kenyang hanya kerana makan isi telur, fish cake, udang, sayur dan menghirup kuah..lepas ni confirm aku xkan beli lagi dah watan hoe ni, tersangat2 la banyak, n aku xkan berjaya habiskan makan..but if sesape kenal ak, n tau camne selera makan aku, n always makan lebih banyak dari aku, maybe boleh abiskan kot..sebab aku ni badan je besar, makan x brape nk banyak..hehehe...

lastly, xnk dah beli menda ni..just buat ak melakukan pembaziran jer...

Thursday 2 June 2011

kegilaan aku terhadap awan?


aku tak tahu kenapa..
ak sangat la gilakan awan..
pada orang, awan ni nampak biasa je..
tapi pada aku ada kecantikan tersembunyi yang ada pada awan 2..
n kegilaan aku menjadikan aku sedikit gila..
maybe bukan sikit..banyak kot..haha..
why i said so?
last 2 weeks, time drive dari gemas ke johor..
berlaku lah kejadian gila ni..
hahaha..gila lagi?
ntah ape la yang gila 2 kan..

perjalanan dari gemas ke segamat menuju ke chaah dan yong peng, kegilaan aku belum timbul lg.
segalanya bermula di simpang renggam..
aku bosan memandu sorang..
aku lihat keliling, dan yang paling penting, aku melihat kedepan..
aku nampak sekumpulan awan.
pada aku sangat2 la cantik..
cepat2 aku capai kamera dalam handbag yang ada kat kerusi sebelah..
n cepat2 snap pic even tengah driving..
tapi aku pastikan la dulu, jalan yang aku nk lalu 2 lurus..
n mostly photo yang aku ambil pun aku  focus..
just snap n snap je..
sampai kat trafic light baru aku tengok balik kamera..
itu pun hanya lepas pastikan lampu merah 2 lama menyala..
sampai la ke kulai, itulah aktiviti aku..
tapi xde la selalu..
just sekali sekala bila aku tengok jalan clear je..
huhu..

now aku sangat mengimpikan dapat g kat tepi pantai,.
ataupun atas gunung..
agar aku dapat tangkap lagi gambar awan..
oh...kegilaan aku terhadap awan sangat2 la melampau..

p/s: pic2 yang ditunjukkan 2, sume pic yang ak amek masa driving..huhu...itulah hasil kegilaan aku 2 minggu lepas..=)

cinta..

mengejar cinta yang x pasti..
seringkali kita menangis kerna disakiti..
dan tertawa riang bila disayangi..
tanpa disedari..
dalam mengejar cinta yang x pasti..
segalanya bukan hakiki..
pasti akan ada yang pergi..
cuma masa belum menunjukkan diri..
tenggelam kita diulit mimpi..
tanpa kita tahu bila kita kembali menyendiri..
mimpi indah pergi..
dan kita mengatakan kita mengalami igauan ngeri..
dan kita masih tidak menyedari..

cinta hakiki..
cinta Ilahi..
x pernah datang dan pergi..
sentiasa ada disisi..
dan kita tetap begini..
hanya kembali pabila igauan ngeri menghampiri..
kita menyombong diri..

kini..
cinta hakiki yang aku cari..
biarlah cinta mereka datang dan pergi..
ku hanya punya cinta Ilahi..

Monday 25 April 2011

kalau la hidup macam game...

kalau la hidup ni macam main game..
mesti sangat best, ble mati, ad nyawa lagi, 
at least pun 3 nyawa die bagi sebagai permulaan.
macam game tembak2 macam zuma n luxor
nyawa leh tambah2, asalkan tau cara, 
kumpul coins ke, kumpul mata ke, 
then naik la nyawa 2 lg 1, then bertambah2 lagi.
sampai la satu tahap, baru la GAME OVER..
2 pun jenuh lepas mati hidup balik..

tapi hakikatnya, hidup kita ni bukan macam video game.
mati hanya sekali, muda hanya sekali.
sekali masa berlalu, x mungkin akan kembali lagi..
sebab 2, ad qoute kate

"yang paling jauh bukan bulan, matahari, tapi ada lah masa lalu."

x mungkin dapat kita kejar lagi, dan yang paling dekat, tentulah ajal, bila2 masa je sampai..xde sape menduga..

tapi video game ni lebih kurang je similasinya pada hidup kita, 
x percaye??

cuba bayangkan, kita buat silap masa main game, then kte mati, 
but still kite dapat peluang untuk main lagi game 2, sampai la berjaya..

sama juga dengan kehidupan kita, 
kita buat silap, tapi kita x mati, still leh teruskan lagi kehidupan, 
kenapa?? sebab masih ada peluang buat kita..

yang membezakan kita, kita sedar atau tidak peluang 2 wujud sebenarnya..
cepat atau lambat kita sedar mengenai peluang 2..



masa lalu, telah berlalu sangat jauh,
xkan mampu kita kejar lagi, 
x kira la macam mane kita menggunakan kenderaan yang paling laju, 
even lajunya melebihi halaju cahaya, 
still, kita xkan dapat kejar lagi masa lalu 2.
memandangkan kita x dapat nk kejar masa lalu 2, 
apa guna kita tenggelam dalam kisah yang pernah berlaku dalam hidup kita, 
x kira la manis atau pahit..
mungkin masa lalu kita, 
kita seorang yang sangat2 berjaya..
mungkin juga kita seorang yang sangat2 disayangi..
atau..
nasib x menyebelahi kita, 
ada peristiwa hitam pernah menjajah kanvas hidup kita, 

kerana sesuatu peristiwa, 
kita merasa kita telah beruntung..
atau, oh...malangnya diriku..

tapi sedarkah kita, peristiwa itu telah berlalu seiring waktu..
menjadi masa lalu yang telah jauh meninggalkan kita..

dan kita tidak menyedarinya, 
lalu tenggelam di balik memori silam..

bila baru kita sedar akan hakikat ini???


Aku baru sedar..


p/s: tetibe dapat idea time men game td..cepat2 close game..huhuhu

Sunday 24 April 2011

Chicken mushroom yee mee..

semalam rase teringin sangat nk makan yee mee..so before heading 2 UTM, singgah dulu kat Jusco Taman Universiti, direct tros g kat food court, n order this yee mee..order n bayar, chashier 2 nk suh cepat je..after da bayar, kena la tunggu jap die masak..but, rase macam wierd je ble berdiri depan kedai 2, but pekerja die leh gado plak ber2 nk suruh masak..haishh..macam la xde jadual keja kan..if sorang basuh sayur, sorang lg kena la masak kan..so dengan muka mencuka la aku menunggu..huhuh..siap akhirnye, tros je amek port kat meja..makan sensorang, so sesuka ati je la kan nk dok mane..huhu...

ni yee mee yang ak makan..pic 1st ni amek dr sudut depan..so x brape nk nampak la dalam plate 2 kan..btw, order yee mee ni skali dengan telur, so harga sume skali rm6.15, after tax..if xde tax harga die jadi rm5.8..
nape ek kena ad tax, kan senang tros masuk je dalam price list, xde la keliru orang yang nk beli..buatnye diorang bawak duet cukup2 harga yang terpampang kat menu, x ke naya orang tu..huhu...ape2 pun sume yang makan kat food court jusco ni mmg da sedia maklum ada tax kot..sebab 2 da x kisah..huhu..

pandangan dari atas plak..time makan, i count, how many pieces mushroom dalam ni, saje je kononye buat sengal, so resultnye..

mushroom: 2 pieces,
chicken: 3 pieces
cabbage: 4 pieces
mustard: 4 pieces

ble dikire2, aku fikir, lagi bestnye makan kat umah..puas ati nk makan banyak mane skalipun..lagi2 buat penggemar mushroom n sayur2 lain macam ak ni.siyes, ak x kisah pun pasal ayam tuh..yang ku mahu sayur 2 letak la banyak sket..huhu...

btw, since dapat tau ad kes telur palsu, masa makan telur terbayang telur palsu, tp since da terbeli, so makan je la..but after this, maybe da x bli kot makanan berasaskan telur kat luar..klu kat umah ok la kot..

oo EGG, u're not my fav anymore!!!

huhu...macam biase, after da makan sampai licin, puas ati sebab dapat makan..huhu..today nk makan ape la plak..nnt petang plak cite pasal makan..huhu..now keja buat yerrrr...

Thursday 21 April 2011

sepetang d utm

today nak story plak pasal jalan2 kat dalam utm.sekadar suka2 setelah penat memerah otak utk keja yang x seberapa. haish..ble ntah nk siap..pemalas yow aku neh. lembab cam kura2 buat keja. hahaha..so ble da petang2 jalan2 la kat area tasik utm, best, cantik, actually jogging about 5 round before take any picture. last round, grab a camera, n shoot a picture..

hasilnye, ni la die, around 7pm, on Wednesday..
really love this photo, becoz ad pic sun dalam ni..really love pic of sun, lagi2 of sunset..pemandangan yang wow!!!

this photo, from a bridge kat tasik, a part of jogging track..love pemandangan air, and also, can see Masjid Sultan Ismail, MSI

a part of jogging track, mendaki la sket, tapi sket je la..huhu..

d'tropica, restaurant if not mistaken, didn't try the food there yet, maybe one fine day..yeah..maybe..huhu..

also the restaurant..

peoples jogging here..

a part of view at utm lake..taman tropika...

jogging track..

ok, tamat dah perjalanan kat tasik utm, amacam..best x jalan2 kat sini..for me, so fun being there. make me feel that i'm a part of nature. so many tree's, and the lake, just beautiful.. so fun being there, next time, maybe other place..

Tuesday 19 April 2011

Nasi ayam madu

today saje2 je wat blog ni..n actually just nk upload pic2 yang x seberapa..huhu..just men amek2 je pic..sukasuki jer..kamera canon yang biase je..x mahal pun macam dslr. but one day, teringin gak nk bli dslr 2..huhu..nk amek2 pic yang lawa2 n memorable. so today, 1st pic yang da di capture is...NASI AYAM MADU!!


1st pic, kabur sket..huhu..ntah ape prob ngan lens kamera, ak pun xtau..so ni la hasilnye..1st time makan dr kedai ni..rase pelik plak tengok nasi ayam ni.. harga rm3.50 je..affordable la bg orang yang sengkek macam ak..huhu..makan je la..



ni pandangan dari atas pinggan..usually kalau g memane kedai kat sogo ke, jusco ke, if nasi ayam madu ni isi ayam je kan..tapi yang ni ak dapat bahagian peha la plak..huhu..yang berminyak kat pinggan 2, dikatakan madu. tapi, macam ad sambal la plak kan..ish..pelik2..makan je la..dah beli, xkan nk buang plak..just pasni, tobat xnk beli lg dah nasi ayam madu ni..makan nasi ayam biasa lg better kot..huhu..n one more..sup die tawar..lebih kurang rasa air mineral yang ak selalu kelek g menane 2..huhu..

rate: 3/10 
reason : sebab masih dapat kenyangkan perut ak yang tengah lapo..huhuu