Friday 16 September 2011

rendah diri atau rendah hati..


Hampir semua kawan2 aku dah buat master, ada juga yang sambung Phd. Jika tidak sambung belajar, mereka bekerja. Pokoknya, masing2 belajar tinggi, punya matlamat hidup, tahu mana hala tuju. Tapi aku, masih tergagau mencari arah mana yang perlu aku lakukan. Nampak segalanya masih samar.

Bergaul dengan diorang buat aku kadang kala rendah diri, cakap mereka berisi, sedang aku, seperti jauh berbeza dengan mereka. Aku benar2 menyesal dengan apa yang aku lakukan, dan aku benar2 mahu berubah. Tapi setiap kali aku memikirkan perubahan, pasti ada yang menghalang. Keinginan diri.

Wahai diri, bersabarlah sedikit masa lagi, selesaikan dahulu apa yang ada di hadapan, jangan memikirkan rintangan yang jauh lagi bakal datang. Seberangilah dahulu rintangan pertama, pasti rintangan seterusnya mudah bagimu. Wahai diri, jaga lah keinginan hatimu, lindungi gelora nafsu ingin memiliki segala apa yang orang lain miliki, pasti suatu masa, apa yang kau inginkan akan tercapai..

Wahai diri, kenangi ibu bapamu, bagaimana harapan mereka, pastikan kau berjaya, agar gembira kedua mereka.

 Kerap kali aku berjanji,harapnya aku tak akan mungkiri janji..

1 comment: