Monday 25 April 2011

kalau la hidup macam game...

kalau la hidup ni macam main game..
mesti sangat best, ble mati, ad nyawa lagi, 
at least pun 3 nyawa die bagi sebagai permulaan.
macam game tembak2 macam zuma n luxor
nyawa leh tambah2, asalkan tau cara, 
kumpul coins ke, kumpul mata ke, 
then naik la nyawa 2 lg 1, then bertambah2 lagi.
sampai la satu tahap, baru la GAME OVER..
2 pun jenuh lepas mati hidup balik..

tapi hakikatnya, hidup kita ni bukan macam video game.
mati hanya sekali, muda hanya sekali.
sekali masa berlalu, x mungkin akan kembali lagi..
sebab 2, ad qoute kate

"yang paling jauh bukan bulan, matahari, tapi ada lah masa lalu."

x mungkin dapat kita kejar lagi, dan yang paling dekat, tentulah ajal, bila2 masa je sampai..xde sape menduga..

tapi video game ni lebih kurang je similasinya pada hidup kita, 
x percaye??

cuba bayangkan, kita buat silap masa main game, then kte mati, 
but still kite dapat peluang untuk main lagi game 2, sampai la berjaya..

sama juga dengan kehidupan kita, 
kita buat silap, tapi kita x mati, still leh teruskan lagi kehidupan, 
kenapa?? sebab masih ada peluang buat kita..

yang membezakan kita, kita sedar atau tidak peluang 2 wujud sebenarnya..
cepat atau lambat kita sedar mengenai peluang 2..



masa lalu, telah berlalu sangat jauh,
xkan mampu kita kejar lagi, 
x kira la macam mane kita menggunakan kenderaan yang paling laju, 
even lajunya melebihi halaju cahaya, 
still, kita xkan dapat kejar lagi masa lalu 2.
memandangkan kita x dapat nk kejar masa lalu 2, 
apa guna kita tenggelam dalam kisah yang pernah berlaku dalam hidup kita, 
x kira la manis atau pahit..
mungkin masa lalu kita, 
kita seorang yang sangat2 berjaya..
mungkin juga kita seorang yang sangat2 disayangi..
atau..
nasib x menyebelahi kita, 
ada peristiwa hitam pernah menjajah kanvas hidup kita, 

kerana sesuatu peristiwa, 
kita merasa kita telah beruntung..
atau, oh...malangnya diriku..

tapi sedarkah kita, peristiwa itu telah berlalu seiring waktu..
menjadi masa lalu yang telah jauh meninggalkan kita..

dan kita tidak menyedarinya, 
lalu tenggelam di balik memori silam..

bila baru kita sedar akan hakikat ini???


Aku baru sedar..


p/s: tetibe dapat idea time men game td..cepat2 close game..huhuhu

No comments:

Post a Comment